Monday, May 24, 2021

KEPENTINGAN DAN USAHA PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

DIBENTANG OLEH ALIA DIANA BINTI ABU HASSAN (D20201094603) 


KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELAGAI BUDAYA

Pendidikan pelbagai budaya merupakan proses pendidikan yang mempunyai nilai-nilai kemanusian,keadilan dan sebagainya. Pendidikan pelbagai budaya menerapkan prinsip serta amalan hidup bermasyarakatan dalam pemikiran pelajar terutamanya disekolah. Hal ini demikian kerana,memandangkan Malaysia merupakan Negara masyarakat majmuk iaitu yang terdiri daripada pelbagai etnik,budaya dan agama. Jadi, para prelajar serta masyarakat perlu dipupuk semangat kemasyarakatan melalui pendidikan pelbagai budaya. Oleh itu, sebelum menjayakan pendidikan pelbagai budaya guru hendaklah supaya dapat menerapkan dengan lebih efektif kepada para pelajar. Terdapat beberapa kepentingan memahami pendidikan pelbagai budaya bagi guru.     

Antaranya ialah pehaman pendidikan pelbagai budaya dapat memupuk guru berfikiran lebih kreatif dan kritikal. Hal ini demikian kerana guru akan menghasilkan pelbagai kaedah dan alternatif pembelajaran bagi menjalankan proses PDP yang berkesan. Kepelbagaian alternatif ini ialah kaedah yang pelbagai bagi menarik minat pelajar khususnya yang terdiri daripada pelbagai budaya. Guru seharusnya menyediakan teknik dan kaedah mengikut kesesuaian budaya untuk mendapatkan hasil pembelajran yang berkesan. Seperti yang kita dapat lihat pelajar atau murid yang pelbagai budaya mempunyai variasi pemikiran dan rentak mereka. Jadi untuk lebih berkesan guru akan mengikut rentak mereka untuk menarik minit para pelajar   sepanjang proses PDP melalui memahami pendidikan pelbagai budaya. Contohnya, guru menyediakan aktiviti berkumpulan seprti kuiz berkumpulan bagi mengaktifkan pelajar dalam komunikasi dan fikiran mereka. Dari situ, pelajar akan berkomunikasi anatara satu sama lain. Oleh itu, terbuktilah bahawa kepentingan memahami pendidikan pelbagai budaya dapat memupuk guru berfikiran kreatif dan kritikal.

Selain itu, kepentingan pemahaman pendidikan pelbagai budayamembuatkan guru lebih bersedia berhadapan dengan pelajar atau murid yang pelbagai latar belakang di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana secara umumnya pelajar disekolah khususnya sekolah vernakular mempunyai pelbagai latar be;lakangiaitu pelbagai budaya agama serta bangsa yang mempunyai pelbagai pemikiran serta pandangan. Jadi apabila pelajar disekolah mempunyai pelbagai latar belakang guru perlu lebih bersedia dan bijak dalam mengendalikan karenah dan keadaan murid yang pelbagai budaya ini.  Tambahan pula, apabila pelbagai budaya ini sudah semestinya mereka mempunyai pendapat yang berbeza jadi untuk berlaku sebarang kemungkinan seperti perkauman, persengketaan dan sebagainya amatlah tinggi. Jadi, bagi menangani sebarang kemungkinan ini berlaku pemahaman pendidikan pelbagai budaya adalah langkah yang efektif untuk guru mengendali pelbagai keadaan dan karenah pelajar dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana kebanyakan sekolah terutamanya sekolah vernakular mempunyai masalah seperti perkauman, pilih kasih, tidak adil dan sebagainya disebabkan tidak menghayati pendidikan pelbagai budaya. Masalah ini berlaku tidak kira sama ada sesama guru dengan pelajar atau sesama guru itu sendiri tambahan pula sekolah vernakular yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya persengketaan pendapat dan pilih kasih ini selalu berlaku antara mereka. Contohnya, tidak mahu bergaul antara satu sama lain, pilih kasih dalam membahagikan ilmu dan pilih kasih dalam penerimaan pendapat. Dari situ sudah menunjukkan bahawa guru tidak menghayati pendidikan pelbagai budaya walaupun guru sudah mengenalai pendidikan pelbagai budaya ini tetapi jika tidak menghayati masalah perkauman masih akan berlaku kerana guru tidak menghayati maksuddan kepentingan pendidikan pelbagai budaya ini. Hal ini menyebabkan pelajar menjadi pasif di bilik darjah dan juga suasana persekitaran pembelajaran menjadi tidak ceria dan pelajar hilang minat untuk belajar sekaligus objektif sekolah tidak akan tercapai. Oleh itu, kepentingan pendidikan pelbagai budaya amat penting untuk difahami supaya isu perkauman tidak mengganggu persekitaran pembelajaran sekolah.

Akhirnya kepentingan pemahaman pendidikan pelbagai budaya dapat memupuk persefahaman yang utuh dalam kalangan guru dan pelajar, hal ini demikian kerana kalangan guru dan pelajar. Hal ini demikian kerana, sekiranya guru memahami pendidikan pelbagai budaya secara automatisnya guru terseut mempunyai sikap menghormati kaum lain serta memahami setiap karenah individu iaitu pelajaran di dalam bilik darjah. Jadi, dari situ guru akan disenangi oleh pelajarnya kerana dilayan sama rata, tidak menyentuh sensetiviti budaya pelajar tersebut serta memahami rentak pelajar di bilik darjah. Dari situ, pelajar juga akan timbul sikap hormat antara satu sama lain serta pelajar juga lebih aktif dalam   berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, guru merupakan role model kepada para pelajar jadi apabila guru menunjukkan contohyang baik serta cara berkomunikasi baik membuatkan suasana pembelajaran lebih harmonis dan hubungan antara guru dan pelajar lebih sejahtera serta pelajar juga akan turut ikut sikappositif yang diterapkan dalam bilik darjah oleh guru. Oleh itu, terbuktilah bahawa kepentingan memahami pendidikan pebagai budaya dapat memupuk persefahaman yang utuh dalam kalangan guru dan pelajar.



No comments:

Post a Comment

ISI-ISI BERKAITAN PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

 DIBENTANG OLEH NUR SYAFIQAH ATIERAH BINTI MUHAMAD RODZI https://someofnoteskps3014.blogspot.com/2021/05/kps3014-pengurusan-pelbagai-budaya...